Pages

Sahabat, Jangan Bersedih.

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِ الرَّحْمَنِ ارَّحِيم

Sahabat, mungkin ada perbezaan antara kita tetapi yang pasti kita mahu ke syurga bersama - sama bukan? :')


Selalunya asrama itu bingit dengan pelbagai bunyi manusia, kini bila sebahagian besar manusia di dalamnya mula pulang ke kampung halaman, ia sunyi. Yang menulis ini hanya menunggu masa untuk ke destinasi yang ingin ditujui. Berseorangan di dalam bilik sambil ditemani dengan tulisan - tulisan dan naskah - naskah yang mendekatkan kepada Ilahi sudah cukup membahagiakan. Sedang asyik membaca naskah "Untuk Kita Pendosa : Harapan Selalu Ada tulisan Akhi Hilal Asyraf. Ada sendu yang datang tatkala menghadami tulisan di halaman 141 yang bertajuk Sahabat, Jangan Bersedih. Nah, dikongsikan pula kepada sahabat - sahabat yang mengunjungi blog ini. Moga ada manfaatnya. InsyaAllah. :)

Kepada sahabatku yang terpalit dengan dosa, ketahuilah bahawa saudara tidak keseorangan. Saya pun bukan manusia yang sempurna. Kita sama - sama berdosa. Sama - sama saya mengajak saudara untuk kembali kepada yang Esa. Hinaan orang di sekeliling kita bukan penutup pintu taubat-Nya.

Pintu taubat Allah hanya akan tertutup apabila 2 perkara telah berlaku iaitu iaitu yang pertama, mati dan kedua, matahari terbit dari barat. Selain daripada itu, berkejar - kejarlah kita mencapai keampunan-Nya.

Memang susah mahu meninggalkan dosa. Namun, kita perlu berusaha. Seperti berusahanya pembunuh 100 orang, dalam hadith yang dilaporkan Muslim, lelaki itu tidak sempat bertaubat. Dia baru sahaja bergerak untuk bertaubat. Tetapi, Allah mengampunkannya dan memasukkannya ke dalam syurga, kerana dia bergerak kepada-Nya.

Jangan kita berlengah. Biar seluruh dunia menghina kita. Jangan kita jadikan ia pelambat langkahan kita kepada Allah s.w.t.

Saya ada kata - kata sebagai perkongsian,"Sahabat, saya mahu berpimpin tangan dengan saudara untuk masuk ke syurga. Sekiranya saudara terjun ke dalam neraka sekalipun, saya juga terjun dalam api itu, untuk menarik tangan saudara semula."

Ini kerana, saya sahabat saudara. Apabila saya yang tersungkur, suka sekiranya ada yang menghulurkan tangan. Manusia, perlu sokong menyokong, nasihat menasihati, dan bantu membantu. Baru ada sempurna - menyempurnakan.

Jangan berputus asa,
Kita bergerak kepada Allah yang langsung tidak menghina kita.
Bahkan, Dia lah Allah yang mengampunkan dosa - dosa kita.

Moga Allah redha dengan perkongsian ini


**************************************************

Saya percaya sejahat atau seteruk mana seseorang itu, dia pasti inginkan kebaikan kerana itu fitrah manusia. Teringat ada seorang rakan non muslim tanya kenapa dalam Islam tidak boleh "bercouple", tidak boleh bersentuhan bukan mahram dan mesti menutup aurat. Saya katakan padanya, jika diberi pilihan, gula - gula yang dibungkus dengan kemas dan rapi, tidak pernah diusik oleh orang ramai, tidak pernah disentuh oleh sesiapa dengan gula - gula yang sudah terbuka bungkusannya, yang ada orang telah menyentuhnya dan mengusiknya yang mana dia akan pilih. Dengan riak yang spontan dia menjawab, sudah tentulah yang gula - gula yang dibungkus rapi itu. Lihat, walaupun nikmat Iman dan Islam belum sampai kepadanya, dia sudah cenderung memilih kebaikan yang dibawa oleh Islam. 

Sebab itu daripada kita mencaci kegelapan, lebih baik kita menyalakan kegelapan itu dengan cahaya. Kita nampak rakan kita makin jauh, kita cari cara untuk membawanya kembali kepada Allah. Sebagai contoh, kita nampak rakan kita itu tidak menutup aurat dengan sempurna, tudung sekerat orang kata, kita hadiahkanlah mereka tudung yang menepati syariat, atau kita lihat rakan kita "bercouple", hadiahkanlah mereka buku mengenai pernikahan dan yang sesuai dengan keadaannya. Itu tanda kita kasih kepada sahabat kita, itulah baru layak digelar cinta hingga ke syurga. kan?

Mari sahabat, kita saling ingat - mengingati, saling tarik-menarik untuk bersama di syurga abadi!

Moga Allah redha.
Senyum :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...