Pages

Jatuh



Setelah lama aku mendaki.

Di lembah itu.
Aku tersungkur.

Lama.
Sangat lama.

Atmosfera di sana 
Sungguh berbeda
Imanku terseksa disana

Namun,
Yang peliknya.
Nafsuku melonjak gembira.
Tidak ku tahu mengapa.

Hairannya
Ketika itu.
Tiada siapa menghulur tangan
Menyambutku semula

Yang ada 
Hanyalah tukang kata.
Menjaja cerita
Sini dan sana

Ya,
Salahku sendiri yang tersungkur
Kerna aku lupa 
Yang dunia ini hanyalah tempat senda gurau sahaja.
Tetapi mengapa engkau hanya sibuk menjaja?
Kenapa tidak membantu aku sahaja?

Puas sudah ku tunggu
Menanti siapa yang mahu membantu.

Hinggalah dia hadir.
Disahut tanganku.
Sambil berkata,
"Aku nak bawa engkau kembali ke jalan Syurga"

"Tapi mengapa?"
Balasku.

"Demi Allah, 
Engkau sahabatku, 
Bagaimana mungkin aku sanggup tinggalkan engkau? 
Aku mahu kita bersama menuju ke syurga!"
Balasnya.

Dan.
Saat itu.
Lidah ku kelu.
Mulut ku membisu.
Hanya air mata yang berkata - kata.

Untungnya aku rasa,
ada sahabat yang soleh di sisi.

Aku silap, 
Ditegur.
Aku terjatuh,.
Disambut,

Dengan Izin Allah.

Hari ini.
Aku sambung kembali
Jalan yang pernah ku jalani.

Lembah itu.
Tidak mahu aku ke sana lagi.
Moga aku terus di jalan ini.
Agar dapat ku gapai redha Ilahi....

2 comments:

Encik Hati said...

sungguh indah kata2 saudara ini...bisa membuat hati ini tertangisi...apa mungkin aku masih mampu berdiri..setelah jatuh berulang kali...ya, selagi Allah ada disisi...kita masih kuat lagi...untuk memilih jalan yang Allah redhai :')

A.R.Q.U.E ~ said...

inshaaAllah,,
moga Allah redha~
moga terus tetap dijalanNya :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...